PENGUMUMAN2!!!!

SEMUA PUISI2 JIWANG KARAT ATAU BAKAL BERKARAT LAM BLOG INI TIDAK MERUJUK KEPADA SAPE2 ATAU MANA2 PARTI KETIGA MELAINKAN DINYATAKAN DEMIKIAN. IA HANYA MADAH2 UNTUK MEMPERKAYAKAN KESENIAN MINDA SAYA...SEKIAN TERIMA KASIH.. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Wednesday, March 30, 2011

Day 4 Pro 2

Tadi exam OSCE Clinical.. Huhu~ No confidentlah..
Saya dapat dr paling baik tadi, paling cool.. Dr. MASA, tapi kate senior, susah markah ngn die.. Hwaaa~
Tensen..Esok ade satu paper lagi. Last kowt.. But seriously, saye da hilang mood study ni.
Siang tadi tido, petang makan, malam basuh baju, siap basuh baju, layan blog plak..
Siyeess!!! Saye da x mo study.. Bosan ah..

But thinkin that pro da nak abis ni, rase bosan lak. Pasni sure nak mati punye bosan. Huhu~
Gonna miss my free time~ 4th year class da tukar. dari dewan kuliah da jadi hospital. Gile punye gonna be hectic n kna stdy... Kalau x, rase la kna marah ngn dr kaw2 punye kalo datang ward dengan otak kosong.
huhu..(IsyaAllah leh proceed 4th year... pleeeaaase~)

Tyme exam ni pun da malas study..
Tapi tiap kali saya malas, sy gi jalan2 bilik kawan.. Bilik Bebi ke..bilik Farah la slalu g terjah..
Suh die cite ape yg die tngah bace.. sambil2 ley kuatkan ingatan die, boleh gak kan study.. Nak study sendiri, giler punya malas suda. Malam ni, rase macam da reach limit da.. Cannot tolerate this anymore.
But still jiwa x tenang klau taley jawab exam sebab x study kan..
I can accept la kalo xley jawab but da usaha kan.. adooi!!! But no lie ni... Cant tolerate dis tense.. puas pakse suda.. Even nak bace yg spot pon malas. huhu..

Ya Allah.... tolong sangat2.. Nak garad ngn kawan2 tahun 2013 nanti~

Thursday, March 24, 2011

23.3


Dis is my abah. 23 Mac hari jadi abah. Aku sayang abah sangat2. Sebab aku tahu abah sayang kami semua sangat2. Aku bersyukur sebab dia jadi abah aku. Waktu kecik, aku manja dengan die. Abah selalu keje kat luar. Balik rumah 2,3 hari sekali je. Tiap kali abah keje, aku mesti tunggu bile abah balik rumah. Aku kira pakai jari. Aku tunggu, sebab aku tahu, tiap kali abah balik, abah mesti beli sesuatu untuk kami adik beradik, paling x pun, gula2. Tiap kali aku tengok Shirah main kira2 jari bila abah balik rumah, aku teringat tyme aku kecik2 dulu.


Abah cuba tunaikan setiap apa yang kami mahu. Aku tahu abah keje penat. Penat sangat. kalau aku rasa aku penat study, aku tahu abah lagi penat kerja. Lagi stress.  Tapi die selalu luangkan masa untuk kami biarpun die penat baru balik keje. Dia bawa kami keluar jalan2, makan2. Sampai sekarang pun.

Abah garang dengan orang lain. Tapi dengan family, x pernah pun dia marah kami. X pernah pun dia pukul. Sampai kami takut kalau nak buat salah. Tak sampai hati nak buat abah marah. Aku tak tahu kenapa.

Aku nampak abah macam kuat lagi. Tapi satu hari tu, time aku keluar cari barang apa ntah dengan abah je kat shopping mall, sekejap je abah penat jalan. Die nak duduk n suruh aku gi cari barang tu sendiri. Umur abah da 51. Aku nak abah sihat je.  


Tak kisahla sape tutup mata dulu. Tapi aku harap, aku sempat balas jasa mereka walaupun aku tahu x terbalasnye. Aku harap umur mak abah aku panjang. Aku perlukan mereka untuk membesar. Aku x habis lagi membesar. Aku perlukn mereka untuk aku  terus jadi matang. Mana2 aku pergi, lepas senang2 dengan kawan2 aku, rumah jugak yang aku cari. Hidup aku xkan sempurna tanpa mereka. Selamat hari jadi abah!

Tuesday, March 22, 2011

Tafakkur, Opick

Lirik Tafakkur - Opick

Sejauh-jauh mata memandang
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian

Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu

Reff:
Melihat bintang alangkah jauhnya
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini 'kan mengadu

Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
Haa..ha..ha..haa...ha..ha..

Bumi akan sepi
Bangga sementara
A...adakah tempat kembali
A...adakah selain Allah

Back to Reff:

Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
Haa..ha..ha..haa...ha..ha..

(Thanks Nad..  Really a nice song)

Monday, March 21, 2011

Hati

Apa jadi kalau bicara kata tidak selaras dengan bisik hati?.
Mulut jerit jerit kata dia tidak perlu. Tapi hati tetap kata mahu.
Bicaranya hanya untuk tutup mulut mereka yang memerhati. Sumbat biar senyap.
Itu luahan episod satu.

Episod dua.
Aku punya perancangan yang tidak kurang telitinya.
Pengerasnya, hati yang kuat dan tidak ampuh.
Patuh pada perintah dan tidak mudah patah. Itu kata aku.
Kali ini, aku mahu mulut berbicara sama hati, agar ia mengerti .
Agar hati faham langkah apa perlu ia sandarkan dan untuk apa.
Agar hati tabah dan tidak rapuh bila ia mula melangkah.

Kompleks.
Kisah ini aku tulis, supaya aku ingat dan aku kuat.
Langkah ini sukar, seperti berlari dalam ribut salji yang menebal.
Hati dingin mencari haba. Sukar manapun, aku harus.
Sebab ini jalan yang kau suruh aku tempuh.

Untuk ini, aku tinggalkan satu nota.
Belajarlah untuk setia. Belajarlah untuk memahami.
Belajarlah untuk menghormati. Belajarlah untuk menyayangi.
Belajarlah untuk menghargai. Belajarlah untuk ikhlas.

Thursday, March 10, 2011

Wednesday, March 9, 2011

Checklist Muhasabah diri (Ep.2)

Sambungan dari episod yang lalu.....
8. Adakah kita sanggup melihat kaum keluarga kita dicampak ke dalam api neraka kerana kejahilan mereka melakukan dosa?
9. Adakah kita bersiap sedia ditariki ke neraka kerana tidak membimbing mereka yang kita kasihi agar taat perintah dan tinggalkan larangan Allah?
10. Adakah kita pasti kita akan mati dalam Islam (khusnul Khatimah) ?
11. Adakah kita bersedia untuk mati pada bila bila masa?
12. Adakah kita siap untuk hidup di alam barzakh? Bersedia tinggal seorang diri di dalam liang lahad?
13. Adakah kita yakin liang lahad kita sebuah lubang taman dari taman taman syurga atau lubang lubang neraka?
14. Adakah kita sudah membayangkan saat perpisahan kita dengan dunia, saat berpisah dengan ibu bapa, adik, abang, kakak, suami, isteri dan anak2?

corat coret : Wah! Nervous final da double ni.. Pegang nota ni, blur, nota tu blur. Padahal semua da baca. da 4 hari stuck kat GUT, huhu... bile nak kalih ni...By hookor by crook, esok I nak study respi ok.. NO compromy... Ikut rase hati, nak lancarkan kempen JIMAT je skunk.... Jimat mase.

Strategi kempen :
1. Mandi sekali sehari
2. Makan apa yang ade kat bilik je.
3.Tidur 3 jam.
4.Tutup laptop 22 jam
5. X keluar makan malam.

haha.. Tapi that is not me. Kalo I buat dat strategi, sure2 I da kelayuan terbungkai taley nak study... Makin I nak study, makin banyaklah I makan, makin lamalah I mandi, tidur same jek.. Makin lame I menghadap cermin, pakai cream ni, cream tu... Laptop ok2 lah. Keluar tu same jek, takley nak reduce. huhu.. Nebes ni... nebes giler... hee~ Sangat x sabar nak abis exam... Waaa~

Tuesday, March 8, 2011

Bluebird ~ stolen from Juek~

there's a bluebird in my heart that wants to get out
but I'm too tough for him,
I say, stay in there,
I'm not going to let anybody see you.
there's a bluebird in my heart that wants to get out
but I pour whiskey on him and inhale
cigarette smoke
and the whores and the bartenders
never know that he's in there.

there's a bluebird in my heart that wants to get out
but I'm too tough for him,
I say,
stay down, do you want to mess me up?
you want to screw up the works?
you want to blew my book sales in Europe?
there's a bluebird in my heart that wants to get out
but I'm too clever,
I only let him out at night sometimes
when everybody's asleep.
I say, I know that you're there
so don't be sad.

then I put him back,
but he's singing a little in there,
I haven't quite let him die
and we sleep together like that with our secret pact
and it's nice enough to make a man weep
but I don't weep, do you?

- Charles Bukowski

hmmm... nice poem ryte? Its just different. I love the way metaphore is used. Bluebird can mean a lot of things and it signify something to me.. Oh bluebird~ Yeah, I do weep.

7 checklist untuk muhasabah diri (Ep.1)

1. Adakah kita bersolat? atau kita sering meninggalkan solat?
2. Adakah kita faham apa yang dibaca waktu solat? dan di tahap mana kekhusyukan kita dalam solat?
3. Adakah kita sedar segala perbuatan kita sedang dilihat oleh Allah?
4. Adakah kita pasti tidak menyakiti hati orang?
5. Adakah kita sering menyakitkan hati kedua ibu bapa? Bercakap kasar dengan mereka?
6. Adakah kita sudah mempersiapkan amal kebajikan? Adakah kita masih melakukan dosa kecil? Besar? Adakah kita pasti akan sempat beramal dan meninggalkan maksiat sebelum tarikh kematian kita?
7. Adakah kita sudah sempurna menutup aurat? Adakah pakaian kita tidak menampakkan bentuk tubuh badan kita? Sampai bila kita mahu mempamerkan aurat2 kita pada selain mahram kita? Adakah kita sanggup menghadapi bakaran api pada setiap aurat kita yang terbuka?

P/s: I get the pamplet from Nisa n d gang. Nampak macam cikai je soalan2nye. Tapi when I try to answer, most of my answers are not encouraging. Cube la jawab okay?

"Wahai orang orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (hari akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan"  Surah Al-Hasyr [59:18]

Sunday, March 6, 2011

Marfan syndrome







Marfan syndrome is a genetic disorder of connective tissue. People with Marfan syndrome ni usually taller than average height, with long limbs and long fingers. This trait is carried by a gene which encode for a connective protein, fibrillin.

complication
- lens dislocation
- spontaneous pneumothorax
- Mitral or aortic regurgitation
- Aortic aneurysm

Hatiku milik siapa?


Semalam saya pergi forum bicara hati
Panelis : Pasangan Dr Farhan hadi dan Ustazah Fatimah syarha.
tajuk : Hatiki milik siapa
Forum yang sangat menarik mengupas tentang cinta dan kehidupan dan ketuhanan.

Allah cemburu!
Ya Allah cemburu bila kita memuja makhluk lain melebihi kecintaan kita pada yang Esa.
Hari ini, cinta pada kekasih diagung agungkan..
Cinta pada Allah dan  Rasul dikemudiankan.
Jadi, salah siapakah bila Allah menarik halawatul iman.
Bila mana kita tidak merasa lagi kemanisan iman.
Sebab? Untuk mendapat kemanisan iman, cinta teragungmu haruslah milik tuhanmu, Allah SWT.

Cinta itu fitrah. Haramkah couple?
Kata ustazah, Islam tidak pernah mengharamkan cinta.
Islam hanya mahu cinta itu disalurkan melalui cara yang betul.
Jangan ketepikan hak wali.
Cinta seorang wanita? milikilah secara sah melalui jalan yang betul dan kemudian bercintalah.
Kalau masih belajar n x sedia nak nikah lagi?
Sibukkan dirimu dengan urusan pengajianmu.
dan cintailah apa yang halal untukmu.
ibubapamu, adik beradik n sahabat handai.
HOLD! dan bina dirimu terlebih dahulu.

Jaga ikhlas.
Susahkan! nak beribadah risaukan riak, nak tinggalkan ibadah lagilah bukan caranya.
Kedua duanya memberi kemenangan pada si syaitan yg direjam.
Tips dari panel,
Buat aje ibadah tu n sertai dengan istighfar.
Sebabnya istighfar menghapuskan dosa.
Maka kemenangan untuk kita. InsyaAllah.

Saya mohon maaf kalau ada salah n silap.
InsyaAllah, doakan semoga hati kita2 ini, Allah sentiasa pegang n xkan lepaskan walau sedetik pun.