1. Adakah kita bersolat? atau kita sering meninggalkan solat?
2. Adakah kita faham apa yang dibaca waktu solat? dan di tahap mana kekhusyukan kita dalam solat?
3. Adakah kita sedar segala perbuatan kita sedang dilihat oleh Allah?
4. Adakah kita pasti tidak menyakiti hati orang?
5. Adakah kita sering menyakitkan hati kedua ibu bapa? Bercakap kasar dengan mereka?
6. Adakah kita sudah mempersiapkan amal kebajikan? Adakah kita masih melakukan dosa kecil? Besar? Adakah kita pasti akan sempat beramal dan meninggalkan maksiat sebelum tarikh kematian kita?
7. Adakah kita sudah sempurna menutup aurat? Adakah pakaian kita tidak menampakkan bentuk tubuh badan kita? Sampai bila kita mahu mempamerkan aurat2 kita pada selain mahram kita? Adakah kita sanggup menghadapi bakaran api pada setiap aurat kita yang terbuka?
P/s: I get the pamplet from Nisa n d gang. Nampak macam cikai je soalan2nye. Tapi when I try to answer, most of my answers are not encouraging. Cube la jawab okay?
"Wahai orang orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (hari akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan" Surah Al-Hasyr [59:18]
nice reminder indeed!
ReplyDelete:)