Semalam saya pergi forum bicara hati
Panelis : Pasangan Dr Farhan hadi dan Ustazah Fatimah syarha.
tajuk : Hatiki milik siapa
Forum yang sangat menarik mengupas tentang cinta dan kehidupan dan ketuhanan.
Allah cemburu!
Ya Allah cemburu bila kita memuja makhluk lain melebihi kecintaan kita pada yang Esa.
Hari ini, cinta pada kekasih diagung agungkan..
Cinta pada Allah dan Rasul dikemudiankan.
Jadi, salah siapakah bila Allah menarik halawatul iman.
Bila mana kita tidak merasa lagi kemanisan iman.
Sebab? Untuk mendapat kemanisan iman, cinta teragungmu haruslah milik tuhanmu, Allah SWT.
Cinta itu fitrah. Haramkah couple?
Kata ustazah, Islam tidak pernah mengharamkan cinta.
Islam hanya mahu cinta itu disalurkan melalui cara yang betul.
Jangan ketepikan hak wali.
Cinta seorang wanita? milikilah secara sah melalui jalan yang betul dan kemudian bercintalah.
Kalau masih belajar n x sedia nak nikah lagi?
Sibukkan dirimu dengan urusan pengajianmu.
dan cintailah apa yang halal untukmu.
ibubapamu, adik beradik n sahabat handai.
HOLD! dan bina dirimu terlebih dahulu.
Jaga ikhlas.
Susahkan! nak beribadah risaukan riak, nak tinggalkan ibadah lagilah bukan caranya.
Kedua duanya memberi kemenangan pada si syaitan yg direjam.
Tips dari panel,
Buat aje ibadah tu n sertai dengan istighfar.
Sebabnya istighfar menghapuskan dosa.
Maka kemenangan untuk kita. InsyaAllah.
Saya mohon maaf kalau ada salah n silap.
InsyaAllah, doakan semoga hati kita2 ini, Allah sentiasa pegang n xkan lepaskan walau sedetik pun.

No comments:
Post a Comment