Assalamualaikum w.b.t
I have finished with surgery and orthopedic posting.
Now I am in ophtalmology posting.
Life is just good.
I enjoyed my medical student life.
I read novels. I watch dramas. I listen to songs. I cry sometimes. I get jealous few times.
But still my life is just so great.
I get angry. I get worry. This is just cycle of life.
Kan..kan?
If U are lonely, find a friend.
Anyone should be okay.
Just make sure she/he suit U.
She might be crazy. So are U. Compatible kan?
PENGUMUMAN2!!!!
SEMUA PUISI2 JIWANG KARAT ATAU BAKAL BERKARAT LAM BLOG INI TIDAK MERUJUK KEPADA SAPE2 ATAU MANA2 PARTI KETIGA MELAINKAN DINYATAKAN DEMIKIAN. IA HANYA MADAH2 UNTUK MEMPERKAYAKAN KESENIAN MINDA SAYA...SEKIAN TERIMA KASIH.. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
Monday, April 23, 2012
Friday, April 6, 2012
Aku ingin cerita tentang kisah bahagia.
Bahagia yang sentiasa tersenyum, tenang dan merasa cukup dengan hidup.
Apa bahagia tidak punya rasa cemburu melihat sesuatu yang tidak bahagia miliki?
Kata bahagia " aku berjalan dengan pandangan yang sentiasa ditundukkan ke bawah, maka aku akan sentiasa berada lebih tinggi dari tanah yang aku pijak. Wajarkah aku cemburu lagi ?"
Aku bertanya lagi.
Apa kau tidak cemburu melihat langit yang sentiasa berada di atas?
Jawab bahagia, "Wahai manusia, apa kau tidak letih sentiasa mendongak ke atas? Mencongak congak, bilakah diri akan tiba di langit. Memiliki hati yang walang tanpa rasa cukup apakah itu akan membuat kau lebih kaya dan tinggi? Ketahuilah berjalan mendongak ke langit akan membuat kau tersadung dan rebah ke tanah. Rasa sakit, malu, kotor, itu semua bukan yang aku cari dalam hidup.
Kerana itulah aku dinamakan bahagia

Thursday, April 5, 2012
Khianat
Tap.
satu langkah.
Aku mulakan dengan satu soalan.
Sejauh mana langkah hidupmu?
Saat ini, aku menghampiri persinggahan khianat.
Khianat. Dusta.
Cinta seorang suami yang pudar.
Cinta seorang wanita yang murah harganya.
Maruah yang jelik.
Muntah!
Lagak mereka buat aku ragui erti setia.
Buat aku, menjadi manusia dayus.
Punya tangan, tapi hanya mampu disilangkan ke dada.
Punya mata, tapi dipejam pejam supaya buta hatiku.
Pengecut!
Alasan dia,
"kau tak faham, ini kuasa cinta. kau tak rasa apa yang aku rasa"
"bukan aku yang mahukan takdir ini, tapi ini suratan kami"
Aku senyum. Aku diam. Aku bukan wanita yang suka bertelagah. Atau mungkin kerana aku pengecut.
Tapi, hati aku memberontak.
Aku bukanlah wanita penegak haq.
Tapi pantang aku, hati wanita yang tidak bersalah dicarik carik oleh kecurangan.
Pantang kedua, wanita yang tewas oleh nafsu dan ketamakan.
Pantang ketiga, wanita yang tiada setia di hatinya.
p/s : aku harap, ini hanya satu persinggahan dalam hidupku. Untuk aku perhatikan and be wiser. Aku harap aku bukanlah watak dalam persinggahan ini. Aku harap, kau juga akan tinggalkan persinggahan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)