PENGUMUMAN2!!!!

SEMUA PUISI2 JIWANG KARAT ATAU BAKAL BERKARAT LAM BLOG INI TIDAK MERUJUK KEPADA SAPE2 ATAU MANA2 PARTI KETIGA MELAINKAN DINYATAKAN DEMIKIAN. IA HANYA MADAH2 UNTUK MEMPERKAYAKAN KESENIAN MINDA SAYA...SEKIAN TERIMA KASIH.. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Friday, August 26, 2022

suara sumbang

 Malam ini aku sedih

Suara aku disalah tafsir

Nyanyianku didengar sumbang

Mungkin aku patut berhenti menyanyi, biar didengar bisu.

Mungkin aku lebih baik menari, menari di papan kekunci.

Mungkin.

.............................................................


Aku asalnya hanya ingin menjadi aku,

aku ingin didengar dan disayang,

Tetapi aku lupa mungkin,

segala luahan perasaan yang isinya pahit, 

tetap pahit pada yang menerima.

Harusnya dibuang jauh saja

Jangan diberi beri, dengan harapan dikembalikan yang sembuh.


Kerana tidak semua yang pahit itu penyembuh.


-aku yang bersuara sumbang-


Musim ini

Musim telah pun berganti

Kami yang di musim ini merangkumi

aku, dia dan jibril.


Aku

kini seorang isteri kepada dia

ibu kepada jibril

seorang aku masih sukakan puisi

walau lama aku tinggalkan, jiwaku masih di sini.

jiwa puisi yang penuh caca merba


Dia

dia yang memilih aku

dia yang menyayangiku

dan dia yang menghormatiku

dia yang menerima segala kekurangan aku

dia yang mencintai seorang aku yang penuh caca merba


Jibril

Malaikat kecil kami

Yang lahir dari kisah aku dan dia.


- Coretan musim ini-