PENGUMUMAN2!!!!

SEMUA PUISI2 JIWANG KARAT ATAU BAKAL BERKARAT LAM BLOG INI TIDAK MERUJUK KEPADA SAPE2 ATAU MANA2 PARTI KETIGA MELAINKAN DINYATAKAN DEMIKIAN. IA HANYA MADAH2 UNTUK MEMPERKAYAKAN KESENIAN MINDA SAYA...SEKIAN TERIMA KASIH.. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Friday, August 26, 2022

suara sumbang

 Malam ini aku sedih

Suara aku disalah tafsir

Nyanyianku didengar sumbang

Mungkin aku patut berhenti menyanyi, biar didengar bisu.

Mungkin aku lebih baik menari, menari di papan kekunci.

Mungkin.

.............................................................


Aku asalnya hanya ingin menjadi aku,

aku ingin didengar dan disayang,

Tetapi aku lupa mungkin,

segala luahan perasaan yang isinya pahit, 

tetap pahit pada yang menerima.

Harusnya dibuang jauh saja

Jangan diberi beri, dengan harapan dikembalikan yang sembuh.


Kerana tidak semua yang pahit itu penyembuh.


-aku yang bersuara sumbang-


No comments:

Post a Comment