PENGUMUMAN2!!!!

SEMUA PUISI2 JIWANG KARAT ATAU BAKAL BERKARAT LAM BLOG INI TIDAK MERUJUK KEPADA SAPE2 ATAU MANA2 PARTI KETIGA MELAINKAN DINYATAKAN DEMIKIAN. IA HANYA MADAH2 UNTUK MEMPERKAYAKAN KESENIAN MINDA SAYA...SEKIAN TERIMA KASIH.. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Friday, April 6, 2012

Aku ingin cerita tentang kisah bahagia.
Bahagia yang sentiasa tersenyum, tenang dan merasa cukup dengan hidup.
Apa bahagia tidak punya rasa cemburu melihat sesuatu yang tidak bahagia miliki?
Kata bahagia " aku berjalan dengan pandangan yang sentiasa ditundukkan ke bawah, maka aku akan sentiasa berada lebih tinggi dari tanah yang aku pijak. Wajarkah aku cemburu lagi ?"

Aku bertanya lagi.
Apa kau tidak cemburu melihat langit yang sentiasa berada di atas?
Jawab bahagia, "Wahai manusia, apa kau tidak letih sentiasa mendongak ke atas? Mencongak congak, bilakah diri akan tiba di langit. Memiliki hati yang walang tanpa rasa cukup apakah itu akan membuat kau lebih kaya dan tinggi? Ketahuilah berjalan mendongak ke langit akan membuat kau tersadung dan rebah ke tanah. Rasa sakit, malu, kotor, itu semua bukan yang aku cari dalam hidup.
Kerana itulah aku dinamakan bahagia


No comments:

Post a Comment