PENGUMUMAN2!!!!

SEMUA PUISI2 JIWANG KARAT ATAU BAKAL BERKARAT LAM BLOG INI TIDAK MERUJUK KEPADA SAPE2 ATAU MANA2 PARTI KETIGA MELAINKAN DINYATAKAN DEMIKIAN. IA HANYA MADAH2 UNTUK MEMPERKAYAKAN KESENIAN MINDA SAYA...SEKIAN TERIMA KASIH.. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Thursday, March 24, 2011

23.3


Dis is my abah. 23 Mac hari jadi abah. Aku sayang abah sangat2. Sebab aku tahu abah sayang kami semua sangat2. Aku bersyukur sebab dia jadi abah aku. Waktu kecik, aku manja dengan die. Abah selalu keje kat luar. Balik rumah 2,3 hari sekali je. Tiap kali abah keje, aku mesti tunggu bile abah balik rumah. Aku kira pakai jari. Aku tunggu, sebab aku tahu, tiap kali abah balik, abah mesti beli sesuatu untuk kami adik beradik, paling x pun, gula2. Tiap kali aku tengok Shirah main kira2 jari bila abah balik rumah, aku teringat tyme aku kecik2 dulu.


Abah cuba tunaikan setiap apa yang kami mahu. Aku tahu abah keje penat. Penat sangat. kalau aku rasa aku penat study, aku tahu abah lagi penat kerja. Lagi stress.  Tapi die selalu luangkan masa untuk kami biarpun die penat baru balik keje. Dia bawa kami keluar jalan2, makan2. Sampai sekarang pun.

Abah garang dengan orang lain. Tapi dengan family, x pernah pun dia marah kami. X pernah pun dia pukul. Sampai kami takut kalau nak buat salah. Tak sampai hati nak buat abah marah. Aku tak tahu kenapa.

Aku nampak abah macam kuat lagi. Tapi satu hari tu, time aku keluar cari barang apa ntah dengan abah je kat shopping mall, sekejap je abah penat jalan. Die nak duduk n suruh aku gi cari barang tu sendiri. Umur abah da 51. Aku nak abah sihat je.  


Tak kisahla sape tutup mata dulu. Tapi aku harap, aku sempat balas jasa mereka walaupun aku tahu x terbalasnye. Aku harap umur mak abah aku panjang. Aku perlukan mereka untuk membesar. Aku x habis lagi membesar. Aku perlukn mereka untuk aku  terus jadi matang. Mana2 aku pergi, lepas senang2 dengan kawan2 aku, rumah jugak yang aku cari. Hidup aku xkan sempurna tanpa mereka. Selamat hari jadi abah!

1 comment: