Apa jadi kalau bicara kata tidak selaras dengan bisik hati?.
Mulut jerit jerit kata dia tidak perlu. Tapi hati tetap kata mahu.
Bicaranya hanya untuk tutup mulut mereka yang memerhati. Sumbat biar senyap.
Itu luahan episod satu.
Episod dua.
Aku punya perancangan yang tidak kurang telitinya.
Pengerasnya, hati yang kuat dan tidak ampuh.
Patuh pada perintah dan tidak mudah patah. Itu kata aku.
Kali ini, aku mahu mulut berbicara sama hati, agar ia mengerti .
Agar hati faham langkah apa perlu ia sandarkan dan untuk apa.
Agar hati tabah dan tidak rapuh bila ia mula melangkah.
Kompleks.
Kisah ini aku tulis, supaya aku ingat dan aku kuat.
Langkah ini sukar, seperti berlari dalam ribut salji yang menebal.
Hati dingin mencari haba. Sukar manapun, aku harus.
Sebab ini jalan yang kau suruh aku tempuh.
Untuk ini, aku tinggalkan satu nota.
Belajarlah untuk setia. Belajarlah untuk memahami.
Belajarlah untuk menghormati. Belajarlah untuk menyayangi.
Belajarlah untuk menghargai. Belajarlah untuk ikhlas.
belajar lah k pro2? pro3? n seterusny...hehe
ReplyDelete