Pernah kau pergi ke simpang tiga di sana?.
Ya simpang tiga yang tanpa ada lampu trefik itu,
Dahulunya ada, mungkin kini tewas dimamah zaman.
Fungsinya sudah lumpuh ditelan usia alam.
Pon2..
Keretanya tersusun susun panjang. Ah! ampun!
Apa yang ada di sana?
Beria benar nampaknya kau mahu ke situ.
Oh kawan, aku tercicirkan satu barang.
Ingin aku ambil pulang.
Lantas aku jalan pisot pisot.
Redah jua aku jalan itu.
Misinya, aku harus tiba di simpang tiga itu walau apa jua waktu.
Hamburan kasar si pemandu pemandu bengis aku tulikan.
Asap asap tengik kereta, aku hidukan juga.
Langkah tetap aku teruskan
Ah! Simpang tiga!
kembalikan barang aku.
Pulangkan barang segera.
Aku mahukan memori aku lewat musim itu.
Berdua aku dan dia, memakna rasa cakna.
Kembalikan tawa aku dan dia di saat kami teratur susun di dalam kereta.
kembalikan! aku mahu ia segera.
Tanpanya, jalanku terpisot pisot.
Oh simpang tiga,
kembalikanlah..
No comments:
Post a Comment