Cita cita.
Oh aku mahu jadi pelakon.
Bijak berkata, hebat bersandiwara.
Kata aku bukan omongan kosong.
Percayalah, aku ingin ke pentas drama.
Air mata.
Aku bisa menangis, biarpun hatiku tertawa.
Aku bisa menghilai manja, biar jiwaku berduka lara.
Aku yakin aku hebat orangnya, kerana lahirku bukan kerana nafsu semata.
Oh Si hebat ini ingin berbicara pada dunia..
Tiada harga satu bicara, tanpa rasa percaya.
Percaya.
Sayang seribu kali sayang,
Aku cagarkan percayaku pada seseorang.
Aku sisip kemas, patri teguh dan aku berikan pada dia.
Namun saat dia pulang, rasa percaya itu telah hilang.
Oh dimanakah? pulanglah!
Haha.. akhirnya aku tertawa..
Lucu. Aku tunduk menahan sendu.
Masin. Lidah aku mengusik rasa.
Namun, pada dunia aku terus menghilai manja.
Oh bicara Si hebat ini sudah tiada harganya.
Kenapa? Kerana ini semua satu sandiwara.
Dan sekarang kau percaya aku?
p/s: Now, trust me.
No comments:
Post a Comment