PENGUMUMAN2!!!!

SEMUA PUISI2 JIWANG KARAT ATAU BAKAL BERKARAT LAM BLOG INI TIDAK MERUJUK KEPADA SAPE2 ATAU MANA2 PARTI KETIGA MELAINKAN DINYATAKAN DEMIKIAN. IA HANYA MADAH2 UNTUK MEMPERKAYAKAN KESENIAN MINDA SAYA...SEKIAN TERIMA KASIH.. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
Showing posts with label puisi sengal2. Show all posts
Showing posts with label puisi sengal2. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Hey Si Awak


Hey Si Awak
Raba raba dalam gelap
Cari cahaya untuk melihat
Nyalakan aja lampu dalam hati awak
Apa lihatmu Si Awak?

Hey Si Awak
Pejam katup, pejam katup, tutup mata
Jalan pisat pisot cari kita
Pusing pergi, pusing pergi, teropong jejak tinggal
Apa jumpamu Si Awak?

Hey Si Awak
Mari sini, diri tegak
Terus katup mata, tapi buka telinga
Dengar suara kita
Apa dengarmu Si Awak?

Hey Si Awak
Awak lihatkan?
Awak jumpakan?
Awak dengarkan?
Pastinya awak kata ya!
Sebab kita punya puisi hanya untuk Si Awak.

Thursday, December 30, 2010

malignansi

Oh puisi kita,
aku nukilkan dalam getar rasa yang bukan suka suka.
Khas untuk kau yang sedang tersenyum lebar.
Ah,kaget rasanya.

Oh cinta,
Peganglah hatiku, biar jariku berlari laju.
Izinkan aku memegang pena dan aku izinkan kau untuk terlena.
tapi jangan pergi jauh ya! Di sisiku saja.

Oh cinta..
Akan aku bentangkan definisinya.
Satu demi satu, tanpa cacamerba.
Tatih demi tatih, tanpa rasa letih.
Saat demi saat, biar aku mengundur lewat.

Oh cinta..
Definisinya malignansi dalam kita punya dimensi.
Metastasisnya terus ke hati. Ah parah!
Puncanya?
aku kata kau punya radiasi,
Kau kata itu kita punya chemistry.

Oh cinta..
Kerana kau satu malignansi, maka kau terus membahagi.
Apoptosis gene! DNA repair gene! & Tumour suppressor gene!
Ah semuanya sudah terbejat, Jahat!
Jadi bagaimana lagi bisa aku halang? Diam......................................................................

Wednesday, December 29, 2010

Simpang tiga

Pernah kau pergi ke simpang tiga di sana?.
Ya  simpang tiga yang tanpa ada lampu trefik itu,
Dahulunya ada, mungkin kini tewas dimamah zaman.
Fungsinya sudah lumpuh ditelan usia alam.

Pon2..
Keretanya tersusun susun panjang. Ah! ampun!
Apa yang ada di sana?
Beria benar nampaknya kau mahu ke situ.
Oh kawan, aku tercicirkan satu barang.
Ingin aku ambil pulang.

Lantas aku jalan pisot pisot.
Redah jua aku jalan itu.
Misinya, aku harus tiba di simpang tiga itu walau apa jua waktu.
Hamburan kasar si pemandu pemandu bengis aku tulikan.
Asap asap tengik kereta, aku  hidukan juga.
Langkah tetap aku teruskan

Ah! Simpang tiga!
kembalikan barang aku.
Pulangkan barang segera.
Aku mahukan memori aku lewat musim itu.
Berdua aku dan dia, memakna rasa cakna.
Kembalikan tawa aku dan dia di saat kami teratur susun di dalam kereta.
kembalikan! aku mahu ia segera.
Tanpanya, jalanku terpisot pisot.

Oh simpang tiga,
kembalikanlah..