Alkisah aku dan kakak ke Daiso semata mata mahu mencari kain felt untuk little she yang konon mahu jual kraft feltnya kepada kawan2.
Semalam di waktu senja, semangat dia menjemput rakan2 di sekeliling rumah untuk melihat kain felt beliau dan mengambil tempahan.
Hari ini, dia suruh aku gunting sedikit dari kain feltnya untuk dibawa ke sekolah petangnya; konon untuk siapkan tempahan kawannya di sekolah. Mak tak bagi dengan alasan pergi sekolah untuk belajar bukan untuk buat kerja luar bidang, merajuk little she dengan muncung panjang satu kaki.
Maghrib tadi aku keluar, bila aku pulang di waktu malam, dia jemput aku luar rumah sambil melaporkan bahawa kakakku, k.ain dah tolong print out tulisan tetapi dia gunting huruf A hampir putus. Makanya, aku harus guntingkan tulisan2 tu untuk dia.
Itu cerita yang okay. Cerita yang tak okaynya, dia suruh aku gunting kain felt, jahit kain felt dan hias kain feltnya. Persoalannya, siapa yang sibuk nak menjual ni? Siapa yang semangat ambil tempahan ni? Siapa yang semangat dan bermangat mangat? Dan dia sibuk cari gambar misai kat internet yang katanya trend zamannya rantai misai, brooch misai dan semuannya misailah. Dan sampai masanya, dia masuk tidur sebab esok dia sekolah.
Jahitan insang pari yang sudah luput dalam ingatan. Teringat gambar dan caranya dalam buku kemahiran hidup ERT Form berapa x ingat.
Yang pasti, pada hari esok, dia mesti tanya aku, "doh siap ko hok kawe yah tepoh tu?"

Hey u...gano nk wat kain tu jd kembung?buh gapo dale tu?
ReplyDeletedio ado kapas dio na.. kapas dio tu mace hok ore sumbat dale tedy bear.. sy beli kat daiso rm 5 sepaket... kain felt dio pun kiro muroh la .. tp x tahu la kalo tmpat lain ado lagi muroh ko
ReplyDelete