PENGUMUMAN2!!!!

SEMUA PUISI2 JIWANG KARAT ATAU BAKAL BERKARAT LAM BLOG INI TIDAK MERUJUK KEPADA SAPE2 ATAU MANA2 PARTI KETIGA MELAINKAN DINYATAKAN DEMIKIAN. IA HANYA MADAH2 UNTUK MEMPERKAYAKAN KESENIAN MINDA SAYA...SEKIAN TERIMA KASIH.. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Friday, August 23, 2013

hAhA

This is really our favourite method of communication.
kan kan?

Lain lain manusia tak faham.
Tapi kita faham kenapa kita suka cara begini.
Menulis tanpa alamat tuju.
Bezanya, bahasamu telus, bahasaku puitis gitu... ihiksszz

Pernah kita ikrarkan, ukhwah kita lillahi.
Tercalarnya bukan ukhwah itu yang tercalar sebaliknya iman iman kita yang sedang sakit.

Aku tutup apa yang aku tidak suka lihat.
Aku tutup apa yang aku terlalu suka untuk lihat.
Kenapa?
Kerana hatiku sukar untuk dididik.
Saat ianya suka, keterlaluan ia suka.
Saat ianya sakit, keterlaluan ia sakit.
Aku mahu punya hati yang sederhana.
Dikawal mudah.
Bebas dari prasangka yang bukan bukan.
Bebas dari minda yang suka meneka tanpa bicara secara semuka.
Oleh itu - ignorance is bliss-

Reason?
Cukuplah aku katakan aku sedang diuji.
Diuji dengan perasaanku sendiri.

Aku tidak pandai marah.
Aku tidak pandai mengatakan apa yang aku tidak suka.
Tiap kali aku ingin bicara kata benci, lidahku sering membeloti diriku, di sua suakan dengan kata manis bahawa aku sebenarnya okay. tidak terkesan.
Walau hakikat sebenarnya tidak begitu.

Aku rasa kita berdua sama.
Anak manja.
Suka memberontak.
Tapi cara kita berbeza.

-Suatu hari aku akan kembali-

No comments:

Post a Comment