PENGUMUMAN2!!!!

SEMUA PUISI2 JIWANG KARAT ATAU BAKAL BERKARAT LAM BLOG INI TIDAK MERUJUK KEPADA SAPE2 ATAU MANA2 PARTI KETIGA MELAINKAN DINYATAKAN DEMIKIAN. IA HANYA MADAH2 UNTUK MEMPERKAYAKAN KESENIAN MINDA SAYA...SEKIAN TERIMA KASIH.. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Saturday, July 20, 2013

Belajar dari jatuh

Terkesan dengan satu madah
hidup adalah proses jatuh dan bangun
berbilang kali jatuh dan berbilang kali bangun
berbilang kali dan berkali kali.

Untunglah mereka yang jatuh tetapi bangkit dengan kelebihan.
Rugilah bagi mereka yang jatuh tetapi bangkit dengan kelemahan.
Jadilah mereka yang jatuh dan belajar dari kisah jatuhnya.
Jauhilah mereka yang jatuh dan menyalahkan musabab jatuhnya.
Sabda Ya Habibi, rasul pilihan ilahi ; Seorang mukmin itu tidak akan jatuh ke lubang yang sama buat kedua kalinya.

Proses belajar.
Teringat pesan ustaz don daniyal dalam rancangan 30 minit Ustaz.
Zaman belajar, adalah zaman untuk belajar segalanya.
zaman untuk menangis kesedihan, menangis kelukaan, terhenyak kesakitan dan belajar segala apa yang harus kita belajar.
Kerana zaman belajar, senang minta cuti - cuti untuk menangis meratap-
Zaman kerja, haramlah kau nak minta cuti - "bos, saya tengah berdukacita, mc 2 hari bos" - harapansajalah-

Proses belajar itu sungguh bukan mudah.
Cagarannya bukan berdikit dikit, malahan memakan segala yang kau ada.
Menjadikan Si Kaya kemiskinan.
Menjadikan Si Miskin kefakiran.
(Oh tetapi bergantung sajalah pada definisi kaya buatmu - Kaya = merasa cukup dengan apa yang kau ada, maka selama lamanya kau akan kaya)

Belajar itu bukan mudah.
Ya, makan masa . Makan duit. Makan semangat kita. Makan segala apa yang kau ada.
Ya, kerana itulah, nikmat kejayaan itu manis sekali.
Hadiah bagi mereka yang tekun dan sabar.

Walau, hadirnya tidak tahu bila.





No comments:

Post a Comment