Diminta sebab, diam aku berikan.
Bukan tidak mahu menjawab, tetapi bimbang tersalah jawab.
Mungkin
I write better than talk.
Lebih tulus dan telus.
Alasanku - menjaga izzah diri -
kemuliaan diriku.
Menjaga diriku agar jauh dari sifat mazmumah segala.
Hasad, prasangka, dan sengketa.
Adapun, menjaga hati itu sukar.
Terlalu sukar.
Mulutku mampu aku diamkan,
Kata kataku mampu aku kiaskan,
tapi bukan hatiku.
Saat terdetik rasa, aku bimbang bertambahlah catitan dalam sijjin.
Nauzubillahiminzalik.
Awak,
Bukan salahmu yang aku larikan,
Bukan sengketa juga yang aku carikan,
tapi aku mahu kau tahu,
aku juga insan biasa yang penuh dengan hasad dan prasangka.
Aku kira, ini yang terbaik buat diriku, walau bukan untukmu.
Telah bersabda Nabi s.a.w: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
bakpo awop? rindu sayo ko?
ReplyDelete