PENGUMUMAN2!!!!

SEMUA PUISI2 JIWANG KARAT ATAU BAKAL BERKARAT LAM BLOG INI TIDAK MERUJUK KEPADA SAPE2 ATAU MANA2 PARTI KETIGA MELAINKAN DINYATAKAN DEMIKIAN. IA HANYA MADAH2 UNTUK MEMPERKAYAKAN KESENIAN MINDA SAYA...SEKIAN TERIMA KASIH.. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Thursday, July 7, 2011

x nak

Aku x nak malam yang macam ini lagi. Jikalau diberi sepuluh pun aku tak nak. I guess, I should be tougher. Better than yesterday. Untuk dapat satu rasa kuat, bukan senang. Bukan macam sesenang kata kata yang aku alunkan. Tidak semudah itu. Untuk setiap apa yang aku rasakan, itu hanya untuk aku. Anugerah tuhan untuk aku. Sukar untuk aku kongsikan. Ingin diluah buat yang sejuta kali, ditelan kembali sekaliannya. Itulah aku. Untuk rasa ini yang pernah aku pinta, syukur aku berikan. Tiada sesal sekelumitpun. Satu aku pinta, sejuta yang Dia beri. Complete package. Aku hanya yakin pada Dia.

Aku x nak malam yang macam ini lagi. Malam yang aku jadi manusia yang tabirnya longlai. Malam yang aku biarkan rasa itu menjadi satu yang utama. Malam yang menyaksikan basahnya tubir mata. Sumpah aku tak nak lagi. Aku ingin cagarkan malam ini. Aku mohon satu malam yang tenang. Tiada rasa itu. Tak perlu aku tahankan dan tak perlu ditepiskan. Aku mohonkan.

Aku x nak malam yang macam ini lagi. Keras menjadi rapuh. Basah yang tiada kering. Tidur yang hilang lena. Ini malam yang punya sumpahan. Aku yakin ramai sudah yang telah mengalami malam yang semacam ini.

Tapi demi tuhan yang menjadikan aku dari tiada kepada ada, yang memberikan satu malam seperti malam ini, dan banyak malam yang bukan seperti ini, tiada layak untuk aku rungutkan. Kerana malam yang macam ini, yang tidak aku mahukan, malam semacam inilah punya juta sakti dan hikmat yang mungkin masih belum aku temukan. Akan aku temukan satu ketika nanti.

p/s: Tulisan yang aku karangkan lewat malam semalam namun terbiar lesu di dalam draftku.

No comments:

Post a Comment