PENGUMUMAN2!!!!

SEMUA PUISI2 JIWANG KARAT ATAU BAKAL BERKARAT LAM BLOG INI TIDAK MERUJUK KEPADA SAPE2 ATAU MANA2 PARTI KETIGA MELAINKAN DINYATAKAN DEMIKIAN. IA HANYA MADAH2 UNTUK MEMPERKAYAKAN KESENIAN MINDA SAYA...SEKIAN TERIMA KASIH.. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Tuesday, May 4, 2010

Takziah buat arwah Aminul... tapi saya masih sayangkan polis malaysia~

Takziah buat keluarga Allahyarham adik Aminul Rasyid.
Semoga Allah mengampuni dosa2 beliau dan bersemadilah dengan aman di sana.
Berbaur hati ini mengikuti rentetan peristiwa yang membawa kepada kematian arwah.
Sungguh, mati itu pasti.
Pelbagai cara dan akibat.. ia tetap menghampiri...

Yang pergi biarkan pergi.
Namun yang hidup ni,
ambillah iktibar dan jadikan pengajaran.
Biarkan roh arwah bersemadi dengan tenang.
Saat ini, ramai pihak menyalahkan pihak polis.
Sehinggakan kpn kita pun diserang bertalu talu.

Aku sedih melihatkan pergolakan ini.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..
Habis kredibiliti pihak polis dipersoalkan..
Aku juga mahukan keadilan.
Tapi bencilah manusia itu kerana kekhilafannya
bukan kerana dirinya waimma kaum kerabatnya.
Aku harapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan hikmah
dan memberikan ketenangan di semua pihak.

Semoga kau berbahagia di sana, adikku...

No comments:

Post a Comment