PENGUMUMAN2!!!!

SEMUA PUISI2 JIWANG KARAT ATAU BAKAL BERKARAT LAM BLOG INI TIDAK MERUJUK KEPADA SAPE2 ATAU MANA2 PARTI KETIGA MELAINKAN DINYATAKAN DEMIKIAN. IA HANYA MADAH2 UNTUK MEMPERKAYAKAN KESENIAN MINDA SAYA...SEKIAN TERIMA KASIH.. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Wednesday, July 27, 2011

tata HUSM

Tajuk entry kali ni xley bla kan.. memang macam benci sangat wat attachment ni.. Huu. Dalam sifat malas saya pun Alhamdulillah, habis jugak attachment ni. Penuh dengan memori suka duka. So these are among the memories captured.



perjuangan kami ni patah tumbuh hilang berganti. Beberapa da tumbang in 3rd week, berganti pula dengan yang baru in the 4th week. Ni antara bakal2 doktor yang sangat komited. I salute sama they all.


Nak wat suture pun mulut harus senyum. Tanpa senyuman siapalah kami ni.


Ni attire untuk ke operation theatre. Yang paling kanan tu anak prof Shahreza, Shasha. Sangat humble. Haha, layan jelah dia dengan kami yang asyik berdiskusi pasal papanya. Siap nak pergi buka puasa dengan family dia konon. Build rapport kata orang medical. hukhuk.


Ini pula attire untuk OT kat labour room. Waktu nak tengok ceserian section. Saya punya baju warna pink, seluar warna putih sebab x cukup baju. Aduhai, patutlah doktor ni selalu dikatakan selekeh.


Ni among girlfriend yang dapat. Seriously duduk kat labour room, hari hari dapat new girlfriends and boyfriends. Semuanya cute2lah. 

Akhirnya perjuangan saya selama sebulan dah berakhir. Nanti bakal diteruskan di bulan September nanti. Betullah kata doktor, medic ni life learning process. Belajar tanpa henti.

Dalam percaya atau tidak, dah tiga tahun saya tempuh dunia perubatan ni. Dari rasa bijak, dah ade rase bodoh. Dari rasa cool, terbit rasa cuak. Dari tak pernah kena marah, sikit2 dah ajar telinga supaya kalih. Dari jalan dongak kepala, makin layu kepala ke lantai bila langkah dihayun.

Untuk kawan kawan yang kita suka ( bak kata Zahiril adzim):
Selamat menempuh fasa clinical. Luruskan niat and tingkatkan usaha. A lot to learn and a lot to face.

Sunday, July 24, 2011

Gunung Stong, here I come

ayam pakai brylcream... Bulunya terbalik aka ayam rambut cacak...Dalam species die, ni kategori encem da ni..

Oh,xde model lain. Sendiri posing la.haha.. Yang penting batu tanda itu..

selipar hitam kat belakang tu bukan saya punye. 

secret...secret...secret..


penampilan istimewa:
rindunya this young lady. Notice that perangainya a lot macam Nurfarahin Sufri..  ( notice jugak k.ain a lot macam Nurul Nadiah Abdul Rasid ) hmm.. patutlah due2 ni da cam adik beradik I je. Btw, ni bukan kat Gunung Stong. Ni somewhere area Gua Musang.

Wah! Akhirnya tercampai impian ke sini. Tapi teringin nak daki gunung ni. Kena tunggu alang dululah kot. Baru dapat rase air percik2 :p



Thursday, July 21, 2011

Give up

Give up nak join venture ngn dr sheikh muzaffar nak bukak klinik ortho.
Orthopedic is damn boring.
Not feminin at all.
Need much POWER n extra BONE.
Ahhh...

Hari ni get to see a 20 years old man, good looking, tough , sekali tengok macam da 28 years old nangis.
hahaha.. kami gelak sipu2.
"tangan saya taley gerak da la....saya taley jalan da la"... Seriously sangat childish..
"ma... sini meta... lap air mato ni..huk3"
Sori macha... U sangat cute bile berperangai cam2...
hahha.. kalo da kawin ni, shianlah isteri dia tu. hiksz.
Saya tanye mak die, " anok bongsu ko dy ni"
mak dia jawab " dok aih, anok sulung ni..." muka kami terus jadi cenggini  (^~^)
hekkss, comel gak eh bile laki nangis..
Tapi simpanlah der air mate kamu tu... mahal kot harganya.

Ade sorang adik ni yang baru operate semalam, de open fracture kat tangan die.
kecik lagi, nangis dalam tido je. darah meleleh leleh lagi dari suture site tu bile nurse bukak bandage.
Tak nangis kuat2 beb, takot atok die sedih.
Ni barulah hero akak namenye ni... (0.0)y

Satu patient lagi ni, hancur satu kaki.
Nyaris2 mahu diamputate.
Alhamdulillah diberi hidup baru.
Dr ambik fibula dari other leg and construct semula kaki dia.
Lega ibunya...

Boring kan cite sal fracture ni.. nampak besi n tulang je.
No art at all.. hhuhuhu..
haha... ok, nanti saya akan carigali lagi art lam ortho ni.
Semoga jatuh cinta...

Wednesday, July 20, 2011

.......!!........

Dihumban pergi, bertongkat dia pulang.
Dicaci hina, tuli dia suakan.
Degil!

Berbirat hati, jauh dia sorokkan.
Meleleh berduka, sendirian dia layankan.
Konon tabah!

Tersenyum cemburu, lekas dia tangkiskan.
Tersenyum rindu, tegar dia lenyapkan
Bodoh!

Itulah jadinya, bila kata ibu dituli tulikan
Kata tuhan dipandang sipi sipi.
kata hati diturut turuti.
Hai hati.... hati...

Sunday, July 17, 2011

1st day in orthopedic posting

Kami blurr.
Kami ponteng ward round pagi ni.
Kami baru je jenguk jenguk 2 Zamrud malam ni.
Tragedi yang sama. Sadis tengok kes kes yang dihidangkan.
Ada C2 Chordoma, amputation of the ring finger, necrotising fasciatis, ulnar nerve and artery cut dan banyak kes fracture.
Suasana yang sangat sunyi tak macam labour room yang penuh duka dan suka.

Hmm..
jadi doktor dan nurse memang satu hikmah.
Mengingatkan kita dengan kematian dan membunuh segala suka dan tawa.
Yeah, mana mungkin untuk tertawa di katil pesakit yang berduka.
Telinga yang kita pinjamkan untuk mereka pengubat duka dan lara.
Mulut kita yang tersenyum menjadi  halwa di mata pesakit.

Saya insan yang suka merungut dan mengkritik.
Memang layaknya tempat saya di sini. :)
Di sini saya hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum.
Ajaibnya, senyuman itu sampai ke hati saya.
Bunuh segala gundah yang ada dan jadikan saya insan yang bersyukur.
Terima kasih Allah atas segala nikmat kesihatan tubuh badan yang kau pinjamkan kepada kami. =)

Setiap kali berhadapan dengan pesakit,
kami cuba bersikap empathy.
Meletakkan diri kita di tempat mereka.
Mereka memang insan yang tabah. Saya cuba belajar dan terus belajar dari ketabahan mereka.
Kalau saya berasa sedih, senyum saja pada mereka.
Itu saja penawar buat hati hati kami.

Haha... Saya sudah biasa. Dan sangat terbiasa.
Dan saya tak kisah lagi.
=))))))



Wednesday, July 13, 2011

-__-"

Lunch.
It just feel soo nice to write while eating biskut tiger dunked in air kosong.
This is really awesome. Try it on your own. haha

Homy.
I miss my home already. I want to go home so badly.
What if I escape my orthopedic posting and back home.
Surely my mom will laugh at me for my hangat hangat tahi ayam behaviour.
haha.. I surely will laugh at myself also.

Labour room.
Today, everything just go as the way it is.
No special event . no extra happiness . no extra boyfriend.. :p
I try to avoid to see any deliveries today.
I just hope I get a better sleep tonight. -__-" with no hypnogogic.

Keep in the dark.
It is just like playing jigsaw puzzle.
Combining the pieces. Some are here and some others are there.
and I just dont understand why I keep on playing the game.
spontaneous. fun. challenging.

satu penjuru

sana sini orang bercerita tentang politik.
saya bukan kaki politik. agakla, kalau orang kata saya student yang x peka. hahaha
saya suka baca newspaper. tapi saya lompat bab hiburan n berita menarik je.
N paksa diri untuk baca ruangan kesihatan dalam Mingguan Malaysia pada hari ahad.
That is all.
Saya x sukakan perkauman.
Saya sukakan dr Indian and chinese saya. mereka sangat baik.
Nurse lagi garang dari mereka.
Jadi saya x sukakan kontroversi sekarang ni.
Saya harap everyone stop talking about "this" issue. sakit mata.
saya malas nak fahamkan what really happen and the hidden agenda and what so knot.
saya sayangkan semua orang yang baik.
kalau jahat, saya x suka..
jadi jadilah orang yang baik.

hidup ni sekali je. satu kali. mati pun satu kali.
Hiduplah untuk memberi dan menerima.

kalau kita bencikan seseorang, carilah seribu kebaikan.
some of peoples look annoying tapi hati sangat baik.
x faham kenapa ade words "look annoying tu"
sama macam nurse2..  Certain look annoying.
Tapi okay je kalau minta tolong.
malahan berjuta kali lebih baik dari saya.

Hmm..
Learn from every penjuru kehidupan.
Saya nak belajar tersenyum macam dr Ramli.
Senyum tanpa ada rasa penat.

Saya nak belajar dari housemen.
belajar handle the tense.

saya nak belajar dari dia.
belajar untuk sentiasa gembira dengan kehidupan n sentiasa bersyukur.

Semoga hari hari yang cerah akan terus cerah. =)))))

Tuesday, July 12, 2011

labour.labour.labour

Assalamualaikum...

Hari ni da hari ke 10 kami buat attachment di ward obstetric & gynaecology.
Kes yang saya nak share hari ini ialah Premature rupture of membrane (PROM) in primigavida patient 39 weeks of POA.
Air ketuban patient ni pecah time kerja pagi tadi but no contraction pain yet.
Datang hospital and admitted to labour room.
Lepas tunggu and takde contraction pain lagi, maka dr bagi IV pitocin untuk induce labour.
Cek jalan 4cm baru.
Dan patient  ni selamat lahirkan baby boy ni tepat jam 4.30 pm.

Saya suka patient ni.
Sebab time sakit asyik sebut Allah je. N baca doa mudah bersalin.
Dan proses kelahiran baby ni memang senang pun. Alhamdulillah.
Heee... nak ajar ibu menyusu baby pun bukan senang. Kelakar.
First time jadi ibu kot. hahaha

N seronok dapat tengok muka hubbynya.
Cuak tapi bangga.
Siap azan n iqamat lagi n x lupa cium dahi wife dia.

Tapi tear kat vagina banyak sangat sampai ke posterior fornix even da buat episiotomy pun.
Huhu..

Kata doktor sakit ibu bersalin ni bawah sikit je dari level kita buat leg amputation without bius.
Try imagine.
So kalau kita x tahu nak hargai ibu kita lagi, kita x patut hidup kot.
Thanx mom~

Monday, July 11, 2011

First vaginal examination

hmm... sejarah ini harus direkodkan.
Ini kali pertama saya melakukan pemeriksaan vagina terhadap pesakit.
Jadi, akan saya abadikan tarikh ini dalam diari kehidupan saya.

Huhu.. x susah pun tapi perlukan langkah pertama.
Intai intai Dr Adham buat kerja, dia panggil suruh tolong periksa sistem respiratori dan kardiovaskular pesakit.
Ok. done.

Then, Dr Adham tanya, pernah buat vaginal examination?
Jawapannya tidak!
Ok, katanya this is the basic thing.
Kalau kita master this, then all the artificial rupture of membrane, speculum, and everything about vagina and cervical procedure should not be a matter.
And we have to do it to learn it not by merely observe.

Ok, ambil strile glove, sapu pink jelly and masukkan 2 jari ke dalam vagina patient. (baca basmalah dulu k)
Rasa bonjol je, (that is the cervix) then ley kembangkan jari itu untuk ukur how much the cervical has dilate.
Ok! saya tak tahu bonjol tu apa, maka saya x jumpa.
Your eyes/finger doesnt see what your mind doesnt know. Seriously betul!
So I google how the bonjol should be.


Ok, so next time, saya harus rasakan bonjol seperti di atas.
Thanks Dr Adham. U r a good housemen. X la cute macam in previous post kan. haha

p/s : kenapa nak buat vaginal examination? Bahasa laymann kata nak "cek jalan". So this is it.

Sunday, July 10, 2011

HO yang cute

Sekarang boleh gelak tengok housemen buat keje.
Gelakgelakgelak.
nanti bile sy sendiri jadi ho,
nangis nangis nangis.
ha ha ha. Housemen sangat cute.
Cute bile die da clerk patient 10 x, pun still x ingat patient tu sakit ape.
Cute bile die nervous2 ambil darah patient, tapi darah x kuar2
Cute bile die pakai butterfly untuk ambil darah, tapi terlupe pakai glove, bile die terlupe ambil tube sedangkan tangan patient da di prick. terpaksa butterfly tu hang dulu kat tangan patient.
Cute bile die kena hentam bertubi tubi ngan doktor n nervous2 nak jawab.
Cute bile saya tanya nape x buat ecv , slo2 die bisik kat saya, tanyalah dr tu"

ha ha ha..
nanti saya pun CUTE camtulah.. heee~