esok hari ada date ngan dato marlia pasal pertukaran posting.
harap2 semuanya baik2saja.
jadi, tolak lebih ada sepuluh hari kisah suka duka dekat wad mawar 7b di kubikel aku.
pesakit 1.
wajah yang polos.
sakit.
tutur bicara yang ramah dan membelai.
membuat aku menangis di hadapannya.
ditegur aku lagak dia seorang ibu.
cukup untuk membuat aku bertahan di wad itu selama satu minggu.
setiap kali aku stress, aku duduk dan mengadu pada ibu itu.
pesakit 2.
masuk kerana sakit yang biasa2.
Satu hari, tiba satu result, HIV reaktif.
gadis yang baru berumur 18 tahun.
Aku cuba beriak tenang. Ini pesakit pertama dan pengalaman pertama aku berhadapan dengan kes fresh HIV.
Breaking bad news? aku seorang?
Akhirnya, di depan Afi aku menangis.
I talked talked talked to the patient to the parent. wajah dan suasana yang aku tidak akan lupa.
pesakit 3.
89 y.o Indian lady.
susuk tubuh yang sangat kurus.
badan yang lemah.
ditinggalkan pada waktu malam keseorangan tanpa penjaga.
Sedangkan segerembolan anak datang konon dari X , risau akan kondisi si ibu.
tetapi tetap ditinggalkan ibu itu keseorangan.
sayu aku, apabila ibu itu tetap mengatakan dia sudah tidak batuk, sedangkan di depan aku sendiri dia masih batuk2. hanya kerana tidak mahu tinggal di hospital.
duhai si anak.
pesakit 4.
RVD patient.
kurus. kulit berkudis kudis.
angkara si suami.
kali ini, aku lebih tegar.
kerana dia pesakit RVD kedua aku.
aku cucuk berkali kali untuk ambil darah tetapi gagal biarpun uratnya sangat jelas kelihatan angkara susuk tubuhnya kurus melidi.collapsed vein.
Akhirnya berjaya setelah vein pada bahunya yang dicucuk.
tabah wanita itu.
viral load .. HAART..
Ini antara kisah pesakit2 pertama aku yang aku ingat wajah dan kisah mereka. ditulis ringkas, namun kisah mereka lekat kuat dalam hati aku.
Aku mungkin lemah apabila aku give up medical as my first posting, but I did that after think so thoroughly. Aku akan kembali ke medikal selepas aku betul2 bersedia.
Tell you, suasana di wad medikal HTAA, those patient are yours. eventhough u r tagger. all their complaints, management are yours. u decide, you do it. u r not HO's, u r MO's. U r not the first poster, U r the 2nd n above posters. Everyone expect U to know everything already. Trust me, we have to run run and run.
All the best ainin!
ReplyDeleteI'm pretty sure u can do it as u always did
Fighting!